Thursday, May 28, 2009

JOm Kayak dan Sarapan 2009


video shoot by : MAK ANDAK
editing by : FARID a.k.a Chef wan
lagu : JALINAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. .
Alhamdulillah. ..

Syukur kehadrat Allah SWT...

Dgn limpah dan rahmahnya... ..

Berakhir sudah program Kayak ..kita..Pada 24 Mei di Tasik Wetland Putrajaya..

Kehadiran hampir 50 orang dewasa..dan 20 orang anak2

Jazakallahu khairan khathira kpd antum semua.....yg telah berikan komitmen yg mantop dan padu..

Teruja ana dan semua team...objektif program tercapai..
Kasih sayang...
Komitmen..
Berani..
Beramal..
BerManfaat..
Ukhuwah..

Macam harikeluarga belia gamaknya...ada gabungan anak2...dan suami isteri..
Tahniah pd bro ustaz syukri dan anak buahnya...Faridz Jr ..berjaya membuatkan para hadirin semua..seronok. ..teruja. ..penuh dgn suasana kasih sayang..ilmu. .tazkirah yg mantop...bakal diketengahkan menjadi penggerak kbm belia/remaja. ..tak g2 Xifu Ridzuan?

Ust Syukri menyampaikan tazkirah bertajuk Berani..salah satu sifat belia dlm 7B..siap demo lagi...yg paling sayu...di akhir program...satu bait akhir..sajak yg disampaikan oleh Syed Qutub...aduih. .sayunya. ..dan bersemangat. .seterusnya siap demo lagi...contok praktikal Berani..seronok pedagogi dakwah yg disampaikan. ..

Ana bersyukur..kpd Allah SWT.kerana dpt bersama dlm satu barisan AJK yg mantap...satu keluarga/usrah yg berkerjasama. ..sama2 membantu...bro abu bakar..azman. .hadi..munin. ..rosli.. serta adik2 ..faridz.saadon. .
serta sokongan akhaawat...zaujah. .makna..kakmazna h..kak shida..serta semua sekali...

Yg paling teruja..bacaan dari adik Rahmat pelajar Akademi Darul Huffaz..peserta program..syahdu. .menyanyikan lagi..Dia Izrail..dtg memanggil... ..cam KBM pulak dibuatnya..MAM di siang hari

kemudian..bila menyampaikan bacaan yAl Qur'an...sedap sungguh bacaannya... lunak suaranya..tajwid. ...nak menangis dan sayu..bila mendengar bacaan Al Qur'an disampaikan. ..Beliau adalah johanbacaan Al Qur'an kebangsaan utk kategori OKU..

Dah kali kedua kayak dibuat...seronok. .dibuat.. nampak ..ada perubahan yg cukup baik...Rasa- rasanya.. tahun depan buat lagi tak..

Bab berkayak pula...
betul2 mendapat sambutan...meriah. .dan bersemangat. .
dlm sejarah....peserta kayak kita...jatuh. ..Alhamdulillah. .dpt diselesaikan dgn baik..

Kita jumpa lagi tahun depan ye..

Menanti..acara. .pd bulan jun...Bowling wanita..di Putrajaya... Kaum belia lelaki tanya Pak Andak...takkan lelaki takde..nak main juga...Nampak gaya..kena buat lepas KBM Belia Selangor le....pd Julai nanti di Kem Semungkis Hulu Langat nanti..

Jumpa lagi...

Ana sertkan sertakan butiran gambar2...serta akhie Faridz Jr akan perkemaskan dlm blog jimdhl nanti...

Selamat berjuang

Pak Andak

Note:

Masih belajar..sesi menyampaikan makluman

Friday, April 3, 2009

promo KBM



salam.....

mungkin boleh digunakan untuk promosi rakan-rakan kita... insya-allah

Wednesday, November 12, 2008

senandung al-fatihah


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

masya-allah

Sunday, November 9, 2008

IMAN CORNER DAN SUB-PRIME




9hb Nov- JIM daerah Hulu Langat (JIMDHL) Selangor telah menjalankan program IMAN CORNER yang berbentuk tazkirah yang bertajuk ketenangan jiwa, solat dan hubungkaitnya. Tazkirah yang diberikan oleh en. Abdul Hadi bin Samsu yang juga merupakan AJK KRI JIMDHL telah berlangsung di pejabat JIMDHL di Kajang Utama dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ini telah dihadiri oleh AJK-AJK JIMDHL sendiri disamping dari alumni KEMWI Selangor 2007 dan KBM Belia 2008.

IMAN CORNER yang merupakan aktiviti bulanan JIMDHL ini menyentuh hal perkaitan iman dengan suasana semasa. En. Hadi telah menyentuh bahawa antara intipati ketenangan jiwa adalah apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan tahu cara dan jalan kearah keredhaan ALLAH. Beliau juga telah menyeru semua hadirin untuk mentarbiahkan diri masing-masing dengan menghadiri majlis-majlis ilmu untuk senantiasa merasa diri serba kekurangan berbanding dengan kehebatan ALLAH. Beliau juga telah menyarankan supaya AJK-AJK JIMDHL untuk lebih tampil kehadapan dengan pendekatan yang lebih mesra dan tersusun terhadap masyarakat setempat supaya imej JIM sebagai satu NGO dipandang bersih oleh masyarakat.

Juga mengulas mengenai isu kegawatan ekonomi global yang melanda dan signifikasinya dengan iman seseorang muslim ialah En. Khalid Mohammad. Beliau merupakan biro warga industri/KRI DHL dan Belia. Beliau telah menyentuh yang dengan persediaan iman iaitu gaya hidup mengikut syariat agama. Seseorang muslim perlu yakin bahawa setiap musibah yang berlaku,datang dari ALLAH. Beliau juga menyentuh isu SUB-PRIME yang telah berlaku di Amerika. Sehebat manapun akal manusia untuk membuat sesuatu perancangan, mereka tetap tidak dapat melawan ketentuan dan perancangan ALLAH. Dan ketentuan dan perancangan ALLAH adalah yang paling baik. wallahualam.

Monday, September 29, 2008

iftar 2008

Alhamdullilah.... setelah berpenat dan lelah sambil kering tekak2 kerana puasa..hehehe. iftar 2008 telah selamat berjalan.

Terima kasih semua kerana kerjasama yang telah diberikan dan kerana menghadiri majlis yang insyaallah mendapat kerahmatan dari ALLAH S.W.T

Untuk aktiviti seterusnya...jgn lupa pada

25hb Oktober 2008... kita berhari Raya pulak....

Keterangan lanjut... boleh telefon....
Pak Andak 019-6642860
Farid 018-3710007

JUMPA DI SANA!!!!......DI SANA!!!!... DISANA...!!!

Sunday, September 7, 2008

Mengimbau Kenangan


Khas Buat Sahabat Semua

JOM IFTAR !!!! 21HB RAMADHAN / SEPTEMBER


Assalamualaikum buat semua,

Rakan-rakan yang ku rindui,

Berita gembira untuk peserta KEMWI dan KBM anjuran JIM DHL. Semua nya dijemput untuk menghadirkan diri ke MAJLIS JOM IFTAR !!!!



Bila?
21hb Ramadhan / September 2008
Tempat? Dewan Seminar Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi
Masa? 4.00 pm hingga 8 pm


Sila daftarkan diri sahabat-sahabatku sebelum 13hb Ramadhan / September untuk tujuan persiapan juadah kepada

Haji Dusuki - 017-3310134
Farid (chef wan) KEMWI 2007 - 018-3710007


*ps :- kata Pak Lang (Johor) : APA KHABAR SAHABAT? SAYA SAYYYANGGG AWAK!!!