Sunday, November 9, 2008

IMAN CORNER DAN SUB-PRIME




9hb Nov- JIM daerah Hulu Langat (JIMDHL) Selangor telah menjalankan program IMAN CORNER yang berbentuk tazkirah yang bertajuk ketenangan jiwa, solat dan hubungkaitnya. Tazkirah yang diberikan oleh en. Abdul Hadi bin Samsu yang juga merupakan AJK KRI JIMDHL telah berlangsung di pejabat JIMDHL di Kajang Utama dari jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ini telah dihadiri oleh AJK-AJK JIMDHL sendiri disamping dari alumni KEMWI Selangor 2007 dan KBM Belia 2008.

IMAN CORNER yang merupakan aktiviti bulanan JIMDHL ini menyentuh hal perkaitan iman dengan suasana semasa. En. Hadi telah menyentuh bahawa antara intipati ketenangan jiwa adalah apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan tahu cara dan jalan kearah keredhaan ALLAH. Beliau juga telah menyeru semua hadirin untuk mentarbiahkan diri masing-masing dengan menghadiri majlis-majlis ilmu untuk senantiasa merasa diri serba kekurangan berbanding dengan kehebatan ALLAH. Beliau juga telah menyarankan supaya AJK-AJK JIMDHL untuk lebih tampil kehadapan dengan pendekatan yang lebih mesra dan tersusun terhadap masyarakat setempat supaya imej JIM sebagai satu NGO dipandang bersih oleh masyarakat.

Juga mengulas mengenai isu kegawatan ekonomi global yang melanda dan signifikasinya dengan iman seseorang muslim ialah En. Khalid Mohammad. Beliau merupakan biro warga industri/KRI DHL dan Belia. Beliau telah menyentuh yang dengan persediaan iman iaitu gaya hidup mengikut syariat agama. Seseorang muslim perlu yakin bahawa setiap musibah yang berlaku,datang dari ALLAH. Beliau juga menyentuh isu SUB-PRIME yang telah berlaku di Amerika. Sehebat manapun akal manusia untuk membuat sesuatu perancangan, mereka tetap tidak dapat melawan ketentuan dan perancangan ALLAH. Dan ketentuan dan perancangan ALLAH adalah yang paling baik. wallahualam.

1 comment:

Ridzuan Harun said...

Alhamdulillah, moga program yg julung-julung kali diadakan ini akan menjadi titik-tolak kepada pertemuan-pertemuan yang membawa banyak menafaat kepada lebih ramai lagi.

Teruskan prog ini secara berkala, semoga mengundang redha Allah.

RH